Heart

Heart

Pages

Click Me

Sunday 27 November 2016

Cipta.


Image result for fashion photography

Hello and hai,

Entri kali ini meluahkan perasaan yang melibatkan perasaan diantara minda, fikiran, emosi, jantung, paru-paru, raut wajah dan sewaktu dengannya. Gambar tak ada kena mengena dengan entri.


1. Aku semakin lama semakin kuat makan dan makan apa sahaja yang ada. Walaupun sebelum ni aku tak pernah makan makanan tersebut tapi kini aku makan. Bila dah makan macam-macam maka timbullah jerawat kat muka yang lambat gila nak hilang daripada muka bila selfie nampak parut jerawat. Nasib baik aku jenis yang selalu minum air putih  banyak maka cepatlah berlakunya proses penghadaman. Bila makan macam-macam ni tekak selalu haus, sambil tengok tv habis air 1 litter aku minum. Kalaut nak berdiet bagai.


2. Sejak kebelakangan ini aku susah gila nak tidur malam, boleh berjaga sampai kul 2-3 pagi lepas tu kul 6 dah bangun. Lama-lama boleh dah jadi zombie. Sangat tidak sihat pola kehidupan aku. Macam-macam yang aku dah buat, exercise waktu petang semoga bila dah penat maka akan tidur, haram jadah sama je tak boleh tidur juga. Tiap-tiap malam sebelum gosok gigi aku akan minum susu coklat, walaupun kadang-kadang terlupa nak minum. Biasa kalau minum susu senang nak tidur tapi kali ni sama sahaja tak tidur juga. Trylah dengar lagu kat youtube jenis lagu yang slow-slow, berhasil! tapi bila dah habis lagu tu dimainkan tertiba tercelik balik mata aku. Sekarang ni jam 10.30 p.m aku dah baring atas katil sambil tengok video-video kat youtube tu, bila jam hampir kul 11 p.m terus aku pejamkan mata (selepasbacadoa) walaupun mata aku tak berapa nak mengantuk sangat TAPI aku paksakan tidur. Bila sedar hampir 6 pagi dah. Kalau tak mahu aku jadi zombie tiap-tiap hari tidur 2-3 pagi.


3. Family aku sejenis family yang suka sangat suruh aku makan. Bila aku makan sikit mulalah duk kondem aku macam-macam, ada ke patut samakan aku dengan apa entah nama perkataan tu aku dah lupa plus aku tak pernah gunakan ayat tu. Rezeki dah ada depan matakan aku pun makanlah, bila tengok syok makan sekali abang aku tegur aku.


'Dik, kau makan rupannya ingatkan kau tak makan benda ni'

ataupun

'hey, kau minum air soya dik.'

Dan si adik pun membalas juga sambil pandang kearah dimana suara itu datang.

'kau ingat aku ni alien ke apa tak makan.'

-sambung makan balik.-

Kalau dulu makanan yang bergoreng dan berminyak memang tak adanya aku nak makan punya, setakat pandang je tak bernafsu nak makan bagai. Makanan yang berkacang pun aku elakkan lagi-lagi kuah kacang, pergh sedapnya. Fast food, pizza dan sebagainya memang taklah nak makan bagai sebabnya tak berapa elok untuk kesihatan. Tapi sekarang ni semua aku makan, hahahahha.. tak ada pantang larang cumanya makan tak ada banyak sangat setakat makan sikit je tapi kulit jenis alahan terus timbul jerawat bagai.

Ok, tak ada idea nak tulis apa lagi, nak gi gosok gigi lepas nak bersantai-santai. Esok ada appointment dengan dentist, cuak pulak tertiba ni. 

Sayonara.


Wednesday 16 November 2016

Peragai Carl Dani.


Image result for men handsome clean house

Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan sesuatu yang anda semua tidak tahu tentang salah satu peragai Carl Dani. Ok, tak tahu nak bermula daripada mana so aku pakai taip sahaja lah ya. Hehehe. Aku ada satu sifat, peragai dan seangkatan dengannya. Tak tahu nak terang macm mana. Hahaha. Aku jenis yang tak boleh nampak rumah tidak bersih atau tidak teratur atau tidak bekemas, mesti kena kemas, teratur dan bersih. Itulah sebab aku kemas rumah setiap hari. Plus aku jenis yang tidak boleh duduk diam selagi rumah tak berkemas. Dan aku boleh berkemas pada bila-bila masa termasuk waktu malam.

Aku bukanlah nak cakap yang aku ni perfect sangat atau pembersih sebabnya ada beberapa perkara yang aku tidak kisah sangat. Tapi kalau bab rumah memang aku utamakan daripada segalanya. Sebabnya bagi aku rumah tempat kita nak berehat, beribadah, hilangkan tension tapi kalau rumah kita tak terurus bukanlah namanya rumah ku syurga ku lah jawabnya. 



Image result for men clean house


Disebabkan aku yang selalu ada kat rumah maka aku lebih selesa kemas rumah seorang diri dan buat macam-macam benda daripada pagi sampailah ke tengah hari. Kadang-kadang bila tak kemas macam rasa sesuatu yang tak kena.  Entahlah mungkin aku ni terlebih displin agaknya, bila rumah macam tak teratur ke atau rasa macam tak bersih aku akan terus bersihkan. Kalau kat rumah ada buat majlis, habis je terus kemas semua kembali kepada asal, walaupun kadang-kadang aku sendiri yang buat. Hehehehe. Ye lah kalau tak buat masa tu juga, nanti aku juga kena kemas daripada kena buat benda yang sama banyak kali lebih baik aku buat terus. Kalau disuruh orang lain buat ada pulak aku kisah tapi end of the day aku juga yang disuruh. Daripada disuruh buat baik aku buat terus masa tu juga kan. Time management sangat penting ya awak-awak semua.

Itu belum lagi bab masuk kat dapur. Semua kena teratur dan terletak sebab nanti nak pakai tak tercari-cari barang. Yang penting sekali sinki jangan terlalu banyak barang kat dalam sinki, terus basuh bila dah pakai jangan letak kat situ. Kalau sinki penuh memang bertambah berselerak dapur.

Bila dah ada sifat/peragai macam ni sebenarnya ada masanya akan datang masalah kepada orang lain, terutamanya orang disekeliling anda. Sebabnya kadang-kadang terbagi arahan kepada orang lain untuk buat itu dan ini tanpa disedari. Itulah yang terjadi pada aku. So what?. Aku ada sikit sifat tegas, sikit je dimana kadang-kadang sifat tu terkeluar dengan sendirinya. Mungkin disebabkan dah terbiasa dengan tangungjawab itu yang kadang-kadang macam leader tu. Tapi family aku tak berapa nak suka sangat, dia orang kata aku garang...krik,...

'dik, kau jangan garang sangat dik.'

'tu bukan garang tapi tegas yang amat bertempat.'

Dan aku kadang-kadang suka juga menjawab. Tapi disebabkan peragai tegas aku tu lah semuanya berjalan lancar kerja rumah, balik kerja rumah dah siap kemas siap masak makanan lagi. Kalau dia orang semua keluar untuk tempoh yang lama, bila balik rumah semua dah siap, daripada baju dah basuh berlipat, bilik dah kemas, laman dah kemas. Mana nak jumpa orang macam Carl Dani ni kan, eh tergedik lak kita wak. Sila masuk meminang sekarang.

Sampailah ke satu masalah, mak aku gelarkan ia 'terlalu displin dan pembersih terlalu kronik'. Sentap hati kita wak. Yelah mana tidaknya anak buah aku pun aku tolong displinkan nasib baik anak buah aku jenis yang tak kisah dan dengar cakap walaupun kadang-kadang je. Hahaha. Dengan budak-budak aku tak berapa sangat rapat. Entah sebab anak bongsu kot peragai macam tu agaknya.

Jadinya sekarang aku berubah ke arah yang mana tak kisah sangat kalau tak kemas rumah tiap-tiap hari tapi at least kena sapu setiap hari. Kalau rumah bersepah sikit ke tak teratur ke buku tak terletak betul ke aku boleh pejamkan mata daripada melihat. Daripada fikir untuk berkemas aku alihkan perhatian aku untuk tengok movie online terutamanya cerita baru yang keluar wayang. Best juga tengok movie sebab aku tak pernah tengok movie sebelum ni. Hari tu aku tengok cerita Ouija, biasa-biasa je tak seram pun tak menakutkan pun, kelakar adalah. Hehehehe.


'kadang-kadang kita kena utamakan diri sendiri dulu dan itu bukan self fish namanya'



Jumpa lagi,

Sayonara.