Pages

Click Me

Friday, 18 December 2015

Tips Diet.


Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan beberapa tips diet untuk mengurangkan berat badan berdasarkan pengalaman aku yang mengamalkannya. Aku bukannya pakar didalam bidang ini seperti kevin Zahari yang handsome tu, tapi aku nak juga sharekan tips diet.



Tips Diet turunkan berat badan.



1. Makan sedikit tapi banyak kali. Maksudnya makan dalam kuantiti sedikit tapi berulang-ulang pada waktu yang  berbeza-beza.


2. 'Breakfast like king, lunch like prince, dinner like a paiper/beggar. Jangan skip diet tapi ramai yang skip sebab takut gemuk, itu kurang cerdik namanya. Waktu breakfast makan yang berat sebabnya ia akan bertukar kepada tenaga. Waktu lunch makan sederhana, nasi separuh, sayur sikit dan telur goreng. Untuk dinner makan yang simple sahaja, dua keping roti/ oat dan milo kosong. Breakfast besar, lunch sederhana, dinner sedikit.


3. Kurangkan minuman yang manis tapi lebihkan minum air putih. Sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih. Air yang manis atau bergula hanya boleh diambil sekali dalam sehari. Banyak manfaat minum air putih antaranya cantikkan kulit dan sebagainya. Sila amalkan.



4. Detox. Seminggu sekali kita perlu detox perut kita supaya tidak terjadinya nafas berbaur dan bila berpeluh tidak mengeluarkan bau yang kuat. Sebiji lemon di potong nipis, direndam semalaman didalam 1 litter air. Hasilnya badan rasa ringan dan senang nak buat aktiviti lasak.



5. Jangan malas berpeluh. Kalau anda sayangkan diri anda sila berpeluh. Waktu pagi atau petang sangat sesuai sekurang-kurang 30 minit setiap hari. Tak kisahlah berjoging ke, zumba ke, asalakan berpeluh. Lepas tu sejukan badan dan shower. Rasa segar gila selepas mandi. Kalau tak ada masa, sebelum tidur buat sit up 50 kali pun dah ok. Sekurangnya buat daripada tak ada.



6. Makan dalam mangkuk dan guna sudu. Terutamanya makanan tersebut dimasak oleh ahli keluarga. Supaya kita tak ambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Kalau makan tangan mesti nak tambah nasik. Ini salah satu cara mengawal nafsu makan.



7. Terpulang pada diri sendiri. Apa-apa pun semuanya bergantung pada diri sendiri. Sama ada nak buat atau tak. Kalau anda gemuk dan tidak bertenaga itu diri anda bukan orang lain yang boleh memaksa diri anda untuk bertenaga dan sihat.



Sekian,

Sayonara.


16 comments:

  1. Nak start diet balik la lepas ni. btw hi carl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berdiet...hai Val Rahman, salam peekenalan.

      Delete
  2. Actually sejak asyik kena komen montel ..dah 2 bulan saya makan nasi sekali seminggu. Rindu nya nasi kakwok, nasi ganja, nasi royale etc ... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu abg nu'man makan nasi seminggu sekali..apa-apa pun jaga kesihatan k..

      Delete
  3. Aku diet sbb nk maintain pipi cnk bg gemok je..haha..
    Actually metabolism aku tggi..aku mkn byk mana pon xgemok..TAPII pipi aku akan jd macam pau..huhu
    Badan aku susah nk naik senang nk turun..pipi aku senang nk naik susah nk turun...kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah metabolism tinggi tak yah diet sangat..yup, part pipi kita sama, bila makan terlebih sikit mesti jadi bulat, nampak macam pau..hehehhe.

      Delete
  4. tq share tips....memang tengah struggle nak ramping kan perooott ni hahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg kind, jom rampingkan perut sama-sama..hehehe

      Delete
  5. Orang lain sibuk diet nak kurus, aku sibuk nak gemuk..sampai sekarang tak gemuk2...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg kamen, untunglah tak gemuk....kita ni susah nak kurus.hehehe.

      Delete
  6. bertukar nama ek.. tips kempiskan perot moncit xde ker hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shin, yup tukar nama je..hehehe..tak adalah untuk tips tu...hehehe..

      Delete
  7. Replies
    1. Hehehe..sedap wak kalau diperah dengan limau...

      Delete
  8. lagi satu kalau taknak buncit, kena jaga posture badan time duduk and jangan baring lepas makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks wak untuk tips tersebut..hampir terlupa...hehehe

      Delete